“Betul ke disihir?” peniaga buang sebaldi air soya kerana dakwa disihir
Dalam perniagaan, persaingan adalah sesuatu yang normal dan boleh menjadi motivasi serta penaik semangat kepada para peniaga untuk terus menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Namun jelas sesetengah peniaga yang telah selesa dengan kedudukan mereka tidak suka bila ada saingan yang membawa lari pelanggan mereka.
Jadi mereka akan menggunakan cara mudah dan kotor seperti mensabotaj peniagaan orang lain, atau lebih teruk menggunakan sihir untuk memastikan perniagaan saingan mereka tidak laris.
Tengah tengok tiktok jumpa video ni. Aku mula mula pikir apahal la dia buang tau fu fah tu, bazir ciel. Rupanya brader ni mangsa sihir. Air soya baru buat tengah panas panas pun dah basi berketul sebab sihir. Tu pun tau sebab baca komen. pic.twitter.com/xoB7pvs9yu
@ellandosub berapa kali da nak kene game..bukan sorang..ni da bape orang game aku..nasib yg sebelum ni da settle.. #smallbusinessmalaysia #fyp #ellando
Dalam video yang dikongsikan semula ke Twitter itu, peniaga berkenaan dilihat membuang satu baldi air soya yang baru dimasak ke dalam longkang kerana telah rosak.
Merasakan bahawa tidak mungkin air soya yang baru dihasilkan itu boleh terus basi, lelaki berkenaan yakin dia telah disihir.
Dia dapat didengar meluahkan rasa kecewa kerana titik peluhnya dibuang begitu sahaja dan akan cuba mencari siapa yang menghantar sihir ke atasnya.
Namun ada netizen yang menjelaskan yang sebenarnya sebab air soyanya itu basi bukanlah kerana sihir tetapi kerana pencemaran dalam bahan.
Menurut pengguna Mnasar99, susu soya yang berketul adalah disebabkan bakteria manakala asap yang dapat dilihat adalah wap dari proses penapaian.
Contaminated! Coagulated soy milk are due to bacteria. You can see the steam was released from the fermentation process. It's not black magic https://t.co/ASYcXFswQO
— Lord Nasar 🇲🇾✨ (@mnasar99) April 29, 2021