“Berseri indah muka” peminat puji tenang lihat wajah Lisa Surihani ketika umrah

“Berseri indah muka” peminat puji tenang lihat wajah Lisa Surihani ketika umrah

Pelakon terkenal, Datin Lisa Surhani ketika ini dkhabarkan sedang mengerjakan umrah bersama suami tercinta, Datuk Yusry Abdul Halim.

Dia dan suami juga tidak lokek berkongsi momen sewaktu di Tanah Suci di Instagram mereka dan dihujani komen-komen positif daripada para peminat.

 

 

Wajah tenang buat semua bahagia

Dalam hantaran terbaru pelakon filem Instanbul Aku Datang itu, dia telah memuat naik beberapa gambar bersama suami dengan berpakaian ihram.

Penampilannya yang sederhana tanpa secalit makeup benar-benar menyerlahkan seri dan cahaya sehingga ada sesetengah warganet mengakui tenang melihat wajah pelakon tersebut.

 

 

Inspirasi wanita muslimah

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas positif ke posting yang dibuat oleh Lisa kerana berasa  wajahnya yang cukup bersih.

Mereka turut mendoakan agar selebriti kesayangan mereka mendapat umrah yang mabrur serta terus diberkati dunia dan akhirat.

 

Wajah berseri indah

Natural beauty sangat Lisa ni

Bercahaya wajah Lisa

Semoga peroleh umrah yang mabrur

 

 

Pasangan selebriti itu dikhabarkan sudah seminggu mengerjakan umrah dengan mengikuti satu travel agency apabila momen mereka berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diabadikan di Instagram dan mendapat pujian ramai.

Semoga semua yang sedang mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci dipermudahkan dan pulang dengan selamat ke Tanah Air.

Sumber: Instagram Lisa Surihani