Berselipar & t-shirt, Almy Nadia dilihat sempoi dan sederhana ketika bercuti.
Baru-baru ini, pelakon Datuk Fizz Fairuz ada memuat naik video di Instagram percutian mereka sekeluarga ke Taman Tema Air Sunway Lagoon.
Bagaimanapun, rata-rata netizen lebih tertumpu kepada penampilan pelakon Datin Almy Nadia yang dikatakan cukup santai dan bersahaja.
Menerusi video tersebut, Almy dilihat mengenakan t-shirt putih, berseluar palazo dan memakai selipar sambil menolak stroller bayi.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pasangan itu menjalani kehidupan dengan penuh sederhana dan merendah diri walaupun bergelar Datuk dan Datin.
Malah, ada yang mengagumi kesetiaan Fiz Fairuz yang menerima isterinya seadanya serta mendoakan rumah tangga pasangan itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 6, Nurr Afrina Aurora, 5, Nur Afrina Ayra, 4. Almy baru sahaja menimang cahaya mata keempat pada Disember lalu yang diberi nama Afrina Aisyah