“Berpusu-pusu rentas negeri, korang nak apa sebenarnya?” Michael Ang hairan ada rakyat degil patuh SOP
Minggu lalu, kerajaan telah mengumumkan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ pada 1 Jun ini kepada seluruh negara di mana beberapa prosedur operasi standard (SOP) telah diperketatkan secara penuh bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Namun, masih ada segelintir rakyat Malaysia yang masih mementingkan diri apabila mereka dilihat telah berpusu-pusu merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman.
Tampil memberi respon terhadap perkara tersebut, penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang sekali lagi menzahirkan perasaan hairan dan pelik dengan sikap segelintir individu yang masih berdegil itu.
Kecewa melihatkan situasi itu, Michael menerusi sebuah hantaran video di Instagramnya ada mengajukan pertanyaan tentang apa sebenarnya yang dimahukan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi pandemik ini.
“Apa yang korang nak sebenarnya ni? Especially untuk Malaysian? Bagi vaksin, kau nak pilih vaksin. Cakap total lockdown, belum mula lockdown, korang dah merentas negeri. Ni bukan kali pertama total lockdown, masih nak pergi panic buying. Apa masalah Malaysia? Kes dah 9,000 lebih tak takut lagi ke? Nak pergi mana hujung minggu ni rentas negeri?”
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut media sosial pengarah drama Marry Me Senorita itu turut kecewa dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang dilihat sangat mementingkan diri sendiri.
Diharap dengan perlaksanaan penutupan penuh sektor ekonomi dan SOP lebih ketat ini dapat membendung virus COVID-19 yang semakin meningkat. Duduk di rumah dan keluar hanya perlu.