Berkomunikasi secara seksual dengan 2 remaja lelaki, kes Safiey Ilias dibicara julai tahun depan

Berkomunikasi secara seksual dengan 2 remaja lelaki, kes Safiey Ilias dibicara julai tahun depan

Sebelum ini, pihak polis telah menerima laporan mengatakan pemilik akaun ‘safieyillias94’ dan ‘pipinatasha’ telah memakai pakaian mencolok mata semasa membuat live bersama rakannya di Instagram yang turut disertai dua kanak-kanak bawah umur.

Ekoran ini, sebentar tadi Mahkamah Sesyen Ampang telah menetapkan perbicaraan kes jenayah seksual usahawan kosmetik, Safiey Ilias bermula Julai tahun depan.

Memetik laporan dari Sinar Harian, Hakim Norhazani Hamzah telah menetapkan tarikh prosiding perbicaraan bermula dari 24 hingga 27 Julai selepas pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurhashimah Hashim memaklumkan bahawa dia telah menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan kes kepada pihak pembelaan dan seramai 12 saksi pendakwaan akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Nyah

Untuk pengetahuan korang, mengikut dua pertuduhan yang dibacakan sebelum ini, Safiey didakwa telah berkomunikasi secara seksual melalui platform Instagram dengan dua remaja lelaki yang berusia 14 tahun pada ketika itu.

Sementara dua lagi pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menggoyang-goyangkan payudara di hadapan dua remaja yang sama

Kesemua perbuatan ini didakwa telah dilakukan di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi pada jam 9 pagi, 9 Jun 2021.

Safiey didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan Seksyen 15 (a)(i) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Menjawab soalan media di luar mahkamah, Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias mengatakan dia bersedia untuk menghadapi perbicaraan dan telah memberikan kerjasama yang baik selama proses ini berlangsung.