Beri sedekah RM5,000 kepada netizen, DDNK ditegur utamakan nafkah anak bini dulu?

Beri sedekah RM5,000 kepada netizen, DDNK ditegur utamakan nafkah anak bini dulu?

 

Baru-baru ini, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) mencuri perhatian ramai kerana menyatakan hasrat ingin sedekah RM100 kepada 50 netizen yang bertuah. Berdasarkan video dimuat naik di Instagram milik Caprice, ia susulan beliau baru saja menjana berpuluh ribu ringgit hasil untung kenaikan harga saham yang dimiliki.

Iddah belum selesai…suami perlu utamakan pemberian nafkah anak isteri terlebih dahulu sebelum bersedekah kepada orang lain

Walau bagaimanapun, perkara itu dipertikai oleh beberapa pihak termasuklah status panjang lebar daripada Dr. Karya Kayra. Dalam situasi isteri pertama DDNK masih dalam iddah, ujarnya ketua keluarga perlu mengutamakan pemberian nafkah kepada ahli keluarga terlebih dahulu sebelum bersedekah kepada orang lain. Dia turut bersimpati dengan netizen yang menerima wang tersebut, gara-gara disifatkan seperti ‘makan’ hak seorang anak dan isteri.

 

 

Bagi Sedekah 5K Kepada Netizen, DDNK Ditegur Utamakan Nafkah Anak Bini Dulu?

Bagi Sedekah 5K Kepada Netizen, DDNK Ditegur Utamakan Nafkah Anak Bini Dulu?

Bagi Sedekah 5K Kepada Netizen, DDNK Ditegur Utamakan Nafkah Anak Bini Dulu?

 

Mengapa sengaja sedekah RM5 ribu…lepas ex-wife bagi hint nafkah anak diberikan DDNK hanya RM5 ribu untuk belanja 2 bulan?

Dr Kayra juga mempersoalkan apakah motif pengurus kewangan bertauliah ingin sedekah jumlah tersebut, setelah bekas isterinya beri ‘hint‘ DDNK beri nafkah anak cuma RM5 ribu untuk tempoh 2 bulan. Memegang teguh prinsip fiqh bahawa nilai nafkah itu berdasarkan keperluan anak dan isteri sebelum terlafaznya talak, justeru dia menyokong tindakan Hasmawatie yang menuntut hak tersebut di mahkamah.

Bagi Sedekah 5K Kepada Netizen, DDNK Ditegur Utamakan Nafkah Anak Bini Dulu?

Bagi Sedekah 5K Kepada Netizen, DDNK Ditegur Utamakan Nafkah Anak Bini Dulu?

Bagi Sedekah 5K Kepada Netizen, DDNK Ditegur Utamakan Nafkah Anak Bini Dulu?

Bagi Sedekah 5K Kepada Netizen, DDNK Ditegur Utamakan Nafkah Anak Bini Dulu?

Terima kasih atas penulisan & nasihat – Hasmawatie

Rentetan isu tersebut, Hasmawatie juga menghargai tanda keprihatinan serta nasihat panjang lebar yang diutarakan oleh wanita tersebut melalui Facebooknya. Untuk rekod mereka berpisah secara rasmi sekitar bulan Ogos lepas, sebelum DDNK mengahwini bekas pelajarnya pada 11 September lalu. Hasil mendirikan rumah tangga hampir 2 dekad, mereka juga telah dikurniakan seorang anak lelaki.

 

 

Kredit : FB Atielia De Sams & Karya Kayra II