Bergambar mesra bersama, netizen persoal status Zarina Anjoulie “kahwin ke?”

Bergambar mesra bersama, netizen persoal status Zarina Anjoulie “kahwin ke?”

Sejak kebelakangan ini, tular beberapa buah video memaparkan aksi mesra antara pelakon Zarina Anjoulie dengan seorang lelaki dikenali DS Elzey sehingga netizen mengatakan mereka sedang hangat bercinta.

My love, my wife

Menerusi video tular dikongsikan oleh lelaki berkenaan, dilihat mereka sedang makan beramai-ramai dan turut kelihatan anak lelaki Zarina iaitu Awangki Gabriel Martin Ezra.

Malah, lelaki berkenaan menyatakan tanda pagar ‘my wife’ dan ‘my love’ dalam beberapa video yang dimuat naik di laman TikTok.

@ur44.8

#fyp #mywife #myfamily #mandarin

♬ It’s a Beautiful Day – Evan McHugh

@ur44.8

#fyp #zarinaanjoulie #aameen

♬ Terima kasih segalanya – ꧁ R.kay_Official ꧂

Selain itu, dia juga menyatakan pelakon berusia 35 tahun itu sebenarnya rakan baiknya.

@ur44.8

#fyp @Zarina anjoulie #datosrikhazrul

♬ original sound – DS’ Elzey – DS’ Elzey

Dah kahwin ke?

Perkongsian itu menimbulkan banyak soalan di kalangan netizen sebaik sahaja mereka melihat gambar tersebut sehingga ada bertanya sama ada Zarina atau mesra disapa Anju sebenarnya sudah berkahwin atau tidak.

Tidak kurang juga ramai mendoakan mereka supaya cepat menghalalkan hubungan.

Kahwinlah, jangan lama2

Ustaz tak kahwin lagi, tak boleh pegang2

Selain itu, ada juga mengatakan adalah mustahil bagi seseorang yang berpengetahuan agama tidak tahu batas pergaulan.

Moga dapat mengubah Anju ke arah kebaikan

Bagaimanapun, sebelum ini pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul memberitahu setakat ini dia tiada perancangan untuk berkahwin.

“Saya kadang-kadang ada juga kawan lelaki. Biasalah, kita kawan-kawan. Kalau nanti saya betul-betul ada ‘boyfriend’ (teman lelaki), saya akan beritahu.

Katanya lagi, lelaki berkenaan cumalah cikgu ‘swimming’ (renang) anak lelakinya, Martin dan mereka hanyalah berkawan.

Sekadar info, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki berasal dari Brunei pada 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangki Gabriel Martin Ezra yang kini berusia enam tahun.

 

 

Pada 20 Julai 2020, Zarina berkahwin kali kedua dengan Eilyas Azhar, namun mereka dilaporkan bercerai dua kali pada Februari dan Mei tahun lalu. Bagaimanapun, mereka tidak memiliki cahaya mata.

Sumber: TikTok @ur44.8,Instagram @anjoulievocah1