Bergaduh sebab member salah beli makanan, “Macam kena marah dengan awek”

Bergaduh sebab member salah beli makanan, “Macam kena marah dengan awek”

Dalam ramai-ramai kawan, tentunya ada seorang kawan yang gemar menjadi tukang usik kepada rakan-rakan yang lain untuk menghiburkan yang lain. Macam yang dikongsikan ini tentang gelagat dua orang lelaki bergaduh gara-gara salah seorang dari mereka tersalah membeli makanan.

Apa yang menarik perhatian ialah gelagat kedua-dua lelaki bergaduh di dalam loghat utara yang turut mencuit hati netizen. Malah netizen turut terhibur melihat babak pergaduhan mereka ini yang disamakan seperti pasangan kekasih yang sedang bertengkar.

@senyumsokmo3521

♬ original sound – Senyum Sokmo – Senyum Sokmo

Di dalam video yang dikongsikan ini, kedua-dua lelaki itu dilihat sedang memeriksa bungkusan makanan yang baru dibeli oleh rakan mereka itu. Lelaki itu kemudiannya bertanyakan tentang maggi yang dikirimnya namun rakannya memberitahu maggi yang dipesannya tiada dijual di kedai.

Oleh itu, rakannya itu telah membelikan maggi yang telah siap dimasak dari sebuah restoran. Sebaik sahaja melihatnya, lelaki itu kemudiannya tidak berpuas hati melihat makanan yang dikirimnya itu tidak dibeli malah lain pula yang dibeli oleh rakannya.

maggi

Lebih mencuit hati, kedua-dua mereka saling menyalahkan satu sama lain gara-gara pesanan makanan yang tidak dibelinya itu. Manakala lelaki itu turut memberitahu dia membeli maggi yang telah dimasak itu kerana bimbang rakannya itu akan berasa lapar pada tengah malam.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat gelagat kedua-dua lelaki bergaduh ini. Ada juga yang terhibur melihat gelagat lelaki itu yang berterusan mengusik rakannya itu hanya kerana membeli maggi yang telah dimasak.

“Mengusik sungguh lah hat tu pun. Kawan dah gelabah dah nak kena pergi hantar balik…”

lelaki bergaduh

“Hargai kawan macam tu walau takde maggi petak dia tetap beli yang dah siap.”

lelaki

“Dah macam awek marah bf sebab salah beli makanan.”

komen

“Sorang mengusik sorang lurus.”

tik tok