Berenang pakai hijab dengan bikini, ramai persoal pakaian renang selebriti
Penampilan seorang selebriti wanita bercuti ke luar negara bersama rakan-rakannya menarik perhatian ramai kerana dikatakan sangat keterlaluan dengan imej berhijab.
Memetik laporan BOOM!, selebriti yang juga pengasas produk kecantikan itu baru sahaja tampil mengenakan ‘hijab’ sejak awal tahun lalu. Namun, apa yang mengejutkan adalah penampilannya ketika bercuti di sebuah hotel terkemuka dekat Phuket, Thailand.
Mana tidaknya, selebriti berstatus janda itu dilihat sedang berenang dalam kolam renang dengan mengenakan sut renang berbikini bersama tudung. Ekoran itu, ramai netizen dilihat membanjiri hantaran yang dikongsikan oleh selebriti berkenaan.
Mereka mempersoalkan ‘alasan’ artis wanita itu berbikini sedangkan dia sudah bertudung.
“Bertudung dan berbikini? Siap pakai jubah lace. Wah, konon dialah terpaling fesyen agaknya!” komen warganet.
Malah, ada juga segelintir warganet menyifatkan penghijrahan yang dipamerkan selebriti itu hanyalah lakonan semata-mata.
Bukan itu sahaja, mereka turut mempersoalkan pegangan mazhab selebriti yang pernah gagal dalam perkahwinan sebanyak tiga kali itu.
“Pakai tudung tu dah betul, tapi ajaran mazhab mana yang dia ikut ni? Biar betul?” kata warganet.
Didoakan semoga selebriti tersebut dapat kembali ke pangkal jalan dan tidak sewenang-wenangnya mempersendakan soal agama.
Sumber: BOOM!