Berdiam diri alami penyakit Bipolar, Safie Ilias nafi ‘mengelat’ nak bayar hutang

Berdiam diri alami penyakit Bipolar, Safie Ilias nafi ‘mengelat’ nak bayar hutang

Nama usahawan, Safiey Ilias kembali menjadi tumpuan apabila dia didakwa melarikan diri daripada beberapa pihak yang mahu menuntut hutang.

Jual rumah dan kereta

Sebelum ini, Safiey dipercayai menjual kereta Mustang dan rumahnya yang terletak di Sunway Montana. Berikutan daripada itu, dia didakwa sudah muflis kerana terpaksa menjual segala hartanya. Namun begitu, Safiey dilihat muncul di Instagram dengan memuat naik hantaran beberapa video terbaharu. Pada masa yang sama, dia turut memuat naik tangkap layar mesej yang menunjukkan dirinya sudah menjelaskan hutang dengan beberapa individu.

Menerusi laporan Harian Metro, Safiey berkata, ‘kehilangannya’ sebelum ini tiada kaitan dengan isu hutang tapi mengalami masalah kesihatan bipolar yang ditanggung sejak sekian lama.

Saya akui memang ada berhutang dengan beberapa pihak. Mereka tahu apa masalah saya hadapi. Saya berterima kasih kerana mereka sudi membantu dalam keadaan saya memerlukan dan terdesak. Sejak beberapa bulan lalu saya mula menjelaskan hutang itu sedikit demi sedikit.

Apabila saya ambil keputusan untuk kembali aktif di media sosial, ia bermakna saya tidak lari atau hilang terus. Saya tetap memberikan komitmen untuk membayar hutang. Saya tidak pernah tipu sesiapa. Cuma, saya harap mereka bersabar. Saya tetap bayar. Selama ini saya berdiam diri sebab masih dalam tempoh rawatan masalah kesihatan bipolar. Atas nasihat doktor, saya perlu mengambil ubat dan berehat. Alhamdulillah, selepas segalanya beransur baik, barulah saya muncul semula.

Tambah Safiey, dia mahu membina semula perniagaan dan bangkit untuk kehidupan yang baru.

Sumber: Harian Metro