Berbalas nota di tangga sebab sup yang tertumpah

Salah satu perkara yang perlu dihadapi apabila memilih rumah bertingkat adalah terpaksa berkongsi halaman rumah, tangga, dan elevator dengan ramai orang.

Sesetengah penduduk tidak mengamalkan kebersihan dan apabila mereka membuat kotor, orang lain juga terkesan.

Seperti sebuah perkongsian yang tular baru-baru ini, seorang individu berkongsikan keadaan di tangga blok rumahnya apabila ada orang yang telah tertumpahkan semangkuk sup kacang.

 

Namun sup yang tertumpah dibiarkan sahaja di tangga tersebut sehingga salah seorang penduduk meninggalkan nota menyuruh orang yang tumpahkan sup itu untuk membersihkan kotoran berkenaan.

Apa yang melucukan, individu yang menumpahkan sup tersebut membalas nota berkenaan berkata dia tidak akan membersihkan sup yang tumpah itu, malah dia akan terus menumpahkan sup di tangga itu setiap 2 minggu.

Nota tersebut mengundang penghuni lain untuk meninggalkan nota respon mereka di tangga berkenaan mengungut dan memaki individu yang tumpahkan sup itu.

Situasi luar biasa itu diibaratkan seperti bergaduh di ruangan komen media sosial sekali gus mengundang geli hati ramai.