Berat badan naik lepas raya? Ikut saja petua diet seminggu ini, pasti kurus!

Berat badan naik lepas raya? Ikut saja petua diet seminggu ini, pasti kurus!

Selalu ikut petua kurus tetapi kelihatan tidak begitu berkesan? Apa kata anda cuba cara untuk kurus dalam masa seminggu yang kami kongsikan di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

7 petua kurus dalam masa seminggu yang berkesan

Terdapat pelbagai kaedah atau pelan diet yang mungkin pernah anda dengari untuk menurunkan berat badan.Ini termasuklah diet paleo, diet Mediterranean, diet rendah karbo atau diet DASH.Berdasarkan kepada jenis-jenis pelan diet ini, kami rumuskan 7 cara untuk kurus dalam masa seminggu yang boleh membantu anda menurunkan berat badan.

#1. Kurangkan karbohidrat, lebihkan protein

Salah satu cara yang paling berkesan sebagai tip kuruskan badan adalah dengan cara mengurangkan pengambilan karbohidrat untuk beberapa hari.Kajian juga telah membuktikan bahawa pelan diet yang mengurangkan pengambilan karbohidrat adalah pelan terbaik untuk menurunkan berat badan seseorang.Pengurangan pengambilan karbohidrat dalam tempoh beberapa hari juga boleh mengurangkan berat air dalam tubuh.Namun, untuk menggalakkan anda berasa kenyang dan kurang berasa lapar, banyakkan pengambilan protein tanpa lemak sebagai ganti kepada karbohidrat tersebut.

#2. Makan makanan sebenar, bukan makanan yang diproses

Maksud makanan sebenar di sini ialah makanan yang tidak diproses.Makanan sebenar boleh membantu mengenyangkan perut berbanding makanan diproses yang ternyata tidak mengenyangkan dan tinggi kalori.Anda boleh mengambil sumber protein tanpa lemak seperti ayam dan ikan, selain sayur-sayuran yang rendah kandungan karbohidrat.Jenis makanan seperti ini sangat mengenyangkan dan tidak mengandungi kandungan kalori yang tinggi.

#3. Petua kurus – Kurangkan pengambilan kalori harian

Antara salah satu cara untuk kurus dalam masa seminggu yang paling berkesan adalah dengan langkah mengurangkan pengambilan kalori harian.Semakin berkurang kalori yang diambil setiap hari, maka semakin mudahlah berat anda untuk menurun.Berikut adalah antara tip kuruskan badan melalui pengiraan pengambilan kalori harian:

  • Kira pengambilan kalori: Untuk memudahkan pengiraan kalori harian, muat turun sebarang aplikasi pengiraan kalori di telefon pintar anda. Dengan cara ini, anda akan dapat mengira pengambilan kalori selain jumlah nutrien daripada makanan yang anda makan
  • Elakkan pengambilan snek: Pengambilan snek antara waktu makan hanya akan meningkatkan jumlah kalori harian tanpa anda sedari. Oleh itu, kurangkan atau elakkan sebarang pengambilan snek antara waktu makan. Jangan sesekali makan selepas anda menikmati makan malam anda
  • Kurangkan sebarang sos: Salah satu cara mudah lain untuk mengurangkan kalori adalah dengan mengurangkan pengambilan sos pencicah makanan seperti sos cili, mayones dan juga kicap
  • Banyakkan makan sayur: Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan kurangkan pengambilan karbohidrat dan makanan berkanji
  • Elak minuman manis: Cuba banyakkan pengambilan air kosong dan kurangkan pengambilan minuman bergula

#4. Bersenam dan bersukan

Bagi membakar kalori dan juga lemak badan dengan lebih cepat, kerapkan bersenam dan bersukan setiap hari selama sekurang-kurangnya 30 minit.

Anda juga boleh mencuba sebarang aktiviti dengan intensiti tinggi seperti angkat berat, berjoging dan berlari.

#5. Teruskan aktif walaupun bukan pada waktu bersukan

Jika anda tidak mempunyai masa untuk bersenam dan bersukan secara khusus, anda masih boleh membakar lebih kalori dalam tubuh anda melalui peningkatan aktiviti harian yang lebih aktif.Ubah gaya hidup anda kepada cara hidup yang melibatkan lebih banyak pergerakan seperti menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja.Jika pejabat anda tidak berada di tingkat yang terlalu tinggi, gunakan tangga berbanding lif.Jika anda berada di rumah, anda boleh terus kekal aktif dengan cara melakukan pelbagai aktiviti lain seperti mencuci dan membersihkan kawasan rumah.

#6. Petua kurus – Intermittent fasting atau berpuasa sekejap

Salah satu cara berkesan untuk membakar lemak badan yang tersimpan sejak sekian lama adalah melalui intermittent fasting.Apabila menggunakan kaedah ini, ia secara tidak langsung akan memaksa anda mengurangkan pengambilan kalori harian.Ada yang mengamalkan 16 jam puasa dan 8 jam waktu makan.Ada juga yang mengamalkan 20 jam berpuasa dan hanya 4 jam waktu makan.

#7. Petua kurus – Kurangkan berat air dalam tubuh

Terdapat beberapa kaedah untuk kurangkan berat air dalam tubuh anda yang boleh membuatkan anda lebih kurus dan ramping.Salah satunya adalah dengan cara meminum kopi.Kopi adalah salah satu minuman yang dikenali mengandungi kandungan kafein.Kafein boleh membantu anda membakar lebih banyak lemak dan menghilangkan lebihan air dalam tubuh.

Kesimpulan

Jika anda dapat mengikuti dengan baik 7 cara untuk kurus dalam masa seminggu ini, maka anda akan dapat melihat kesan seperti yang diharapkan.Tip kuruskan badan ini bukan sahaja berkesan untuk diamalkan, malah selamat kepada tubuh anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber: Hello Doktor