7 petua kurus dalam masa seminggu yang berkesan
Terdapat pelbagai kaedah atau pelan diet yang mungkin pernah anda dengari untuk menurunkan berat badan.Ini termasuklah diet paleo, diet Mediterranean, diet rendah karbo atau diet DASH.Berdasarkan kepada jenis-jenis pelan diet ini, kami rumuskan 7 cara untuk kurus dalam masa seminggu yang boleh membantu anda menurunkan berat badan.
#1. Kurangkan karbohidrat, lebihkan protein
Salah satu cara yang paling berkesan sebagai tip kuruskan badan adalah dengan cara mengurangkan pengambilan karbohidrat untuk beberapa hari.Kajian juga telah membuktikan bahawa pelan diet yang mengurangkan pengambilan karbohidrat adalah pelan terbaik untuk menurunkan berat badan seseorang.Pengurangan pengambilan karbohidrat dalam tempoh beberapa hari juga boleh mengurangkan berat air dalam tubuh.Namun, untuk menggalakkan anda berasa kenyang dan kurang berasa lapar, banyakkan pengambilan protein tanpa lemak sebagai ganti kepada karbohidrat tersebut.