“Berani mati eh UBI buat lawak guna nama Sajat”, sebut Australia waktu sketsa UBI kena sound

“Berani mati eh UBI buat lawak guna nama Sajat”, sebut Australia waktu sketsa UBI kena sound

2 hari lalu telah pun berlangsungnya pentas akhir untuk program ‘Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Malam penuh mendebarkan tersebut menyaksikan pasukan UBI yang dianggotai oleh Syarif Zero, Fad Bocey dan Namie telah pun berjaya tumpaskan 3 lagi team lain sekaligus bergelar juara.

Terbaik UBI juara

Kemenangan tersebut juga telah melayakkan mereka untuk bawa pulang trofi serta wang tunai berjumlah RM150 ribu. Menerusi sketsa bertemakan ‘Benua Di Dalam Dunia’, kumpulan UBI telah berlakon sebagai penuntut universiti yang terpaksa beraya di luar negara tanpa keluarga. Untuk mengubat kerinduan, Syarif dan juga Fad telah menelefon ibu serta bapa masing-masing yang dilakonkan oleh Erra Fazira serta Datuk Yusof Haslam.

 

@itsrianianggun

Guna lagu suara sajat pun menjadi UBI ni!!Terbaik UBI,semoga juara !!🔥🔥 #UBI #muzikallawaksuperstar3 #Ubifinal #juara #ubimuzikallawaksuperstar

♬ original sound – Riani Anggun | Racun TikTok – Riani Anggun | Racun TikTok

Confuse nak panggil apa…Abang ke kakak

Namun bertambah kelakar apabila Namie pula gagal menghubungi ‘kakak kesayangannya’ yang sedang berada di Australia ketika itu. Meskipun tidak menyebut nama secara langsung, namun ramai yang faham ‘individu’ digambarkan adalah Nur Sajat.

 

@komediplusmy

Call kakak/abang Sajat Live – Muzikal Lawak Superstar | Komedi Plus #fyp #muzikallawaksuperstar2022 #kumpulanubi

♬ original sound – komediplusmy – komediplusmy

Berani m*ti kau ni UBI, jangan nanti aku buat kau ubi bak*r

Menerusi satu perkongsian video lain, Sajat yang menyedari perihalnya dijadikan bahan untuk sketsa pada malam tersebut sempat perli kumpulan berkenaan kononnya cukup berani. Walau bagaimanapun, dia sama sekali tidak ambil hati malah rasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada UBI kerana berjaya menang.

 

@bendepundahpost

HAHAHA Sajat wish congrats to UBI🤣🥳 #sajat #lawaksajat #ubijuara @Nursajat23

♬ original sound – hi tgok ape tu – 𝔹𝕌𝕂𝔸ℕ 𝕊𝔸𝕁𝔸𝕋

Kredit: TikTok bendepundahpostkomediplusmyitsrianianggun