Berani betul! individu dakwa ‘pengkid’ selamba tunai umrah pakai ihram lelaki, buat video berlatar belakang Kaabah

Berani betul! individu dakwa ‘pengkid’ selamba tunai umrah pakai ihram lelaki, buat video berlatar belakang Kaabah

NEGARA kita pernah digemparkan dengan kontroversi usahawan kosmetik Muhammad Sajat Kamaruzzaman yang berpakaian seperti seorang muslimah menjalani ibadah umrah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Terkini tular pula kisah seorang perempuan memakai ihram, pakaian bagi menunaikan ibadah umrah dan haji bagi seorang lelaki, selepas ia dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, Azmah (bukan nama sebenar).

Mengakui dirinya sebagai bekas ‘teman wanita’, Azmah membuat hantaran tersebut mendedahkan mengenai tindak tanduk seorang pengkid (wanita berlagak lelaki) itu ketika menunaikan umrah melalui bebenang dan perkongsian video.

“Berita tergempar, pengkid pergi umrah pakai ihram.

“M*mp*s kaulah sana semoga kena panah petir tak pun lumpuh sebelum balik. Main-main dengan hukum Allah,” tulisnya.

Jelas pengguna Twitter itu, dia sudah letih melihat segala kemungkaran dilakukan oleh ‘bekas kekasihnya’ selama ini.

Malah, dia juga mendakwa pengkid tersebut pernah mengajak dirinya untuk berkahwin semasa hangat bercinta dahulu selain berkongsi tangkap layar perbualan antara mereka berdua.