Berang kena marah, menantu masukkan racun biawak dalam gulai ikan ibu mertua

Berang kerana se­ring dimarahi oleh ibu mentua­nya, seorang isteri dari Kabupaten Ogan Komering dalam

wilayah Sumatera Selatan bertindak meracuni wanita itu sehingga menyebabkan dia meninggal dunia.

Dewi Asmara, 45, meracun mentuanya, Noni, 61, dengan memasukkan racun biawak ke dalam gulai ikan yang dimasak dan dihidangkan kepada mang­sa, lapor portal berita KRSumsel.

Kejadian berlaku di kediaman mangsa yang terletak di Tulung Selapan, Sumatera Selatan kira-kira pukul 11 pagi (waktu tempatan) kelmarin.

Dewi ditahan sekitar pukul 2 petang hari yang sama selepas pihak berkuasa menerima laporan seseorang telah diracun.

Dewi mengaku meracun mentuanya dengan memasukkan satu sudu besar racun jenis serbuk ke dalam lauk gulai ikan pindang yang dimasak untuk Noni.

Wanita itu kemudian menjamah lauk tersebut sebelum mulutnya berbuih-buih dan mati di tempat kejadian.

Selain Noni, tiga ekor kucing dalam rumah itu turut mati termakan racun.

Kedua-dua mereka dipercayai sering bertengkar dan menyebabkan Dewi marah serta bertindak meracun ibu mentua­nya. – Kosmo