Berang ditegur halang laluan, lelaki belasah penunggang motosikal

Tular di laman Facebook, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Rita Saba yang memaparkan kejadian kesesakan lalu lintas yang berlaku di Jalan Glenmarie, Shah Alam.
Menerusi video tersebut, dilihat satu pergaduhan telah berlaku diantara seorang pemandu dengan seorang penunggang motosikal.
Difahamkan, pergaduhan itu berpunca apabila penunggang motosikal telah menegur pemandu yang menghalangi laluan pengguna motosikal.
Kereta depan saya ni tak nak ketepi sikit, geng-geng motor susah nak lalu tengah tu tak ckup space, lepas tegur, driver kereta keluar dan start aksi.
Namun, apabila ditegur oleh penunggang motosikal untuk mengalihkan sedikit kenderaannya, pemandu itu malah ‘naik angin’ dan bertindak memukul penunggang motosikal berkenaan sehingga terpaksa dileraikan oleh orang awam.