Bengang tidak mahu bersama semula, wanita nekad bakar motor bekas kekasih

Bengang tidak mahu bersama semula, wanita nekad bakar motor bekas kekasih

Seorang wanita berusia 36 tahun bertindak membakar motosikal bekas teman lelakinya gara-gara lelaki berkenaan dikatakan enggan kembali bersamanya. Kejadian tersebut berlaku di tempat letak kereta di sebuah universiti di Thailand.

 

Sanggup bakar motosikal bekas teman lelaki

Sebelum ini, wanita berkenaan dikenali sebagai Kanok Wan telah menghadiahkan motosikal jenama Triumph yang bernilai sejuta Baht (RM 129,590.88) untuk kekasihnya ketika mereka sedang hangat bercinta. Namun setelah hubungan mereka berakhir, Wan nekad untuk membalas dendam terhadap teman lelakinya itu.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Wan dilihat sedang berjalan menghampiri motosikal bekas teman lelakinya itu lalu menuangkan cecair yang dipercayai bahan bakar di seluruh motosikal berkenaan. Setelah itu dia menyalakannya dengan menggunakan mancis dan membakarnya sebelum pergi daripada tempat kejadian.

Rancangan balas dendam berhasil

Rancangannya untuk membalas dendam akhirnya berjaya juga, namun keadaan menjadi lebih teruk apabila enam daripada kenderaan yang berada di situ turut dijilat api.

Walau bagaimanapun, anggota bomba tiba di tempat kejadian dan berjaya memadam kebakaran berkenaan dengan pantas dan tiada mangsa dilaporkan cedera akibat kebakaran berkenaan.

Kami dimaklumkan mengenai kejadian kebakaran di tingkat tiga bangunan tempat letak kenderaan di Universiti Prasarnmit Demonstration.

Pihak polis berjaya mengesan wanita berkenaan dan telah dikenal pasti sebagai bekas teman wanita pekerja di universiti berkenaan. Kini, Wan ditahan oleh pihak polis atas tuduhan membakar serta merosakkan harta benda.

Video penuh:

Sumber : India.com