Bengang isteri nak ‘check’ telefon, lelaki belasah isteri pukul 4 pagi

Bengang isteri nak ‘check’ telefon, lelaki belasah isteri pukul 4 pagi

Akibat tidak membenarkan isteri memeriksa telefon bimbit, seorang lelaki sanggup memukul isterinya sehingga lebam di sebuah rumah di Taman Kosas, Ampang pada Jumaat lalu.

 

Pukul isteri sebab tak benarkan periksa telefon

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohmad Farouk Eshak, suri rumah berusia 19 tahun itu cuba mengambil telefon bimbit suaminya ketika mereka berbincang mengenai hal perbelanjaan rumah tangga pada pukul 4 pagi.

Suaminya berusia 21 tahun bagaimanapun tidak mengizinkan telefon itu diperiksa sehingga berlaku pergaduhan dan pergelutan.

Ujarnya lagi, lelaki yang bekerja sebagai penghantar kurier itu baru sahaja pulang ke rumah pada lewat pagi dan tidak mengizinkan isterinya untuk memeriksa telefonnya.

Wanita itu mengalami cedera ringan

Sekadar gambar hiasan

Namun, pergaduhan berkenaan dileraikan oleh ibu mangsa yang dikatakan tinggal di hadapan rumah pasangan itu.

Akibat pergelutan, wanita itu mengalami kecederaan ringan iaitu lebam di lengan kiri dan kanan, serta kesan lebam lutut kiri akibat terjatuh. Mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan telah ditahan polis pada Selasa lalu pukul 9.30 malam. Difahamkan, pasangan tersebut telah berkahwin pada Oktober tahun lepas dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lima bulan.

Sumber : Sinar Harian