Bengang anak main TikTok, bapak ‘flying kick’ dari belakang

Kehidupan generasi muda zaman sekarang berpaksikan media sosial sehingga ada anak-anak kecil yang belajar berjoget dahulu sebelum pandai membaca gara-gara pengaruh aplikasi popular seperti TikTok.

Hakikatnya orang dewasa tidak dapat menghalang golongan muda dari menggunakan media sosial kerana mereka mungkin akan ketinggalan dalam banyak aspek memandangkan penyebaran maklumat kini lebih banyak berlaku secara digital.

Tetapi untuk mengajar anak-anak agar tidak terlalu terikut dengan aksi-aksi yang tidak berfaedah di internet juga menjadi satu cabaran besar buat ibu bapa kerana salah satu perkara yang penting bagi golongan muda adalah untuk mengaitkan diri mereka dengan rakan sebaya yang lain agar mereka tidak rasa terpinggir.

Jadi tidak hairanlah kanak-kanak mudah mengikut apa yang mereka lihat di TikTok dan ibu bapa juga menjadi tidak tenang untuk membiarkan anak-anak mereka bebas menggunakan media sosial.

Seperti video yang tular baru-baru ini pula, seorang kanak-kanak perempuan merakam dirinya bergelek untuk video TikTok ketika bapanya berjalan masuk ke dalam rumah di belakangnya. – HCL