Memetik sumber Bernama, Duli Yang Amat Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan agar bendera Negeri Selangor dikibarkan separuh tiang bagi menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II, minggu lalu.

 

Bendera Selangor berkibar separuh tiang

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Haji Haris Bin Kasim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

 

Mungkin imej teks

 

Sehubungan itu, bendera negeri Selangor akan dikibarkan separuh tiang selama tiga hari iaitu bermula hari Sabtu sehingga Isnin (17 sehingga 19).

Semua Jabatan dan agensi terlibat

Selaras dengan titah itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bermesyuarat pada 14 September 2022 telah menjunjung titah dan mengarahkan agar semua jabatan dan agensi di Negeri Selangor mengibarkan bendera Negeri Selangor separuh tiang atas perkenan Baginda Sultan.

Jangkaan pelaburan Selangor 2020 diturunkan kepada RM8.5 bilion | DagangNews.com