Belum terima tawaran masuk universiti, Nora Ariffin restu anak jadi penyanyi

Belum terima tawaran masuk universiti, Nora Ariffin restu anak jadi penyanyi

Penyanyi hebat Datuk Nora Ariffin merestui minat anak perempuannya, Putri Dahlia untuk aktif dalam bidang nyanyian selepas belum berjaya melanjutkan pengajian di peringkat universiti.

Menurut laporan Harian Metro, Nora berkata, anaknya yang berusia 18 tahun itu berminat untuk menjadi guru bahasa Inggeris tetapi semua permohonan dilakukan belum menemui rezeki.

 

 

“Sebenarnya dia bercita-cita nak jadi guru bahasa Inggeris memandangkan saya pun selalu baca kita kekurangan guru-guru bahasa Inggeris terutama sekali di luar bandar.
“Sebagai ibu, memang saya sokong bila dia memilih untuk menjadi pendidik kerana ia kerjaya yang sangat mulia.
“Namun, semua permohonan tidak berjaya. UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris), UiTM (Universiti Teknologi Mara), UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), semua tak dapat.
“Mungkin tak ada rezeki, jangan putus asa. Mungkin kena cuba lagi,” kata penyanyi berusia 49 tahun itu.

 

@itzputridahliaa

set u free (piano version) on youtube rn!! Link in my bio!! arrangement done by @quietdoodoo

♬ set u free piano version – Putri Dahlia

Bagaimanapun, penyanyi lagu Hanya Satu itu berharap Putri Dahlia dapat memanfaatkan sepenuhnya bakat dimiliki yang menyifatkan ia diwarisi daripada suaminya, Allahyarham Johan Nawawi.

“Akhirnya Putri Dahlia fokus kepada nyanyian, mencipta lagu, tulis lirik dan terbitkan lagu. Persis Johan Nawawi.
“Sebagai ibu, saya hanya sokong dan berdoa agar anak yang banyak mewarisi bakat arwah Johan ini berjaya dunia dan akhirat. Insya-Allah,” ujarnya.
@itzputridahliaa

hope yall liked it🫶 tag me in other challenges!! @𝕊𝕆𝕃𝕆𝕄𝕆ℕ

♬ listen up open verse – 𝕊𝕆𝕃𝕆𝕄𝕆ℕ

Putri Dahlia sering menghasilkan lagu berbahasa Inggeris sehingga meraih perhatian dan mempunyai peminat tersendiri terutama di aplikasi TikTok.

Malah, lagu Old Love duet bersama Yuji berjaya meraih 7.7 juta tontonan selepas tiga bulan dilancarkan di saluran YouTube.

Sumber: Harian Metro , Instagram Nora Ariffin , TikTok Putri Dahlia