Belum sebulan bercerai, Azri Iskandar bakal nikah wanita ada PhD

Belum sebulan bercerai, Azri Iskandar bakal nikah wanita ada PhD

 

 

Bulan lalu, berita perceraian pasangan selebriti Ellie Suriaty dan Azri Iskandar mengejutkan ramai apatah lagi sudah 19 tahun mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, belum sebulan bercerai, Azri mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang penulis skrip yang dikatakan turut memiliki PhD dalam jurusan muzik.

Memetik MalaysiaKini, Azri berkata dia dan keluarganya bercadang untuk menghantar rombongan merisik wanita bernama Azra Diera itu sebelum 23 Jun ini.

“Jika tiada aral melintang, kami akan bernikah dulu. Majlis perkahwinan akan diadakan kemudian dalam waktu terdekat,” katanya.

Menurut Azri, wanita yang mesra disapa Ara itu berusia 43 tahun dan masih belum berkahwin.

Dalam pada itu, Azri berkata majlis persandingan terpaksa ditangguh buat sementara waktu kerana jadual kerjanya yang padat ketika ini.

“Masa yang ada agak terhad untuk saya uruskan segala persiapan. Namun, doakan yang baik-baik untuk kami berdua. Saya akan umumkan tarikhnya nanti,” katanya.

 

  1. Yahsini says:

    ye la azri tu daddy hot kot.. petik jari senyum sikit jaa.. ramai beratoq

  2. Mak Jemahh says:

    Takpe la. Semoga elly pun akan temui kebahagiaan nya. Sedih pula aku baca berita ni.

  3. Twist says:

    Plot twist: elly & azri cerai sebab ………..