Belum pun dirasmikan, pengunjung jadikan Arca Penyu sebagai meja piknik

Arca replika penyu ini baharu dibuka minggu lalu bagi tujuan pengunjung bergambar dan menambah keindahan Pantai Pengkalan Balak.

Namun belum sempat seminggu, lain pula yang terjadi. Arca yang sepatutnya menjadi tempat untuk orang bergambar dijadikan tempat piknik oleh mereka yang hadir ke sini.

Arca ini sebenarnya kukuh untuk duduh di atasnya tetapi yang menjadi masalah apabila ada yang menyalahgunakan kemudahan ini. Orang ramai pastinya mahu bergambar di arca baharu ini dan kelakuan untuk jadikan lokasi ini tempat makan atau piknik sebenarnya tidak sepatutnya berlaku.

 

Berdasarkan komen netizen, setiap pengunjung perlu ada common sense di mana jika berada di tempat tarikan baharu, pastinya ramai yang mahu bergambar. Jadi, jika sudah selesai urusan, beri peluang kepada yang lain pula.

Semoga perkara seperti ini dijadikan iktibar oleh kita semua. Ini pula kes roundabout yang dijadikan tempat bergambar oleh geng basikal. Baca lagi pada pautan di bawah.

Sumber: https://www.thevocket.com/belum-seminggu-dirasmikan-pengunjung-jadikan-arca-penyu-di-melaka-sebagai-meja-piknik/