Belum kahwin, netizen dakwa ‘influencer’ serumah tengok bola? – “Boleh ziarah ke?”

Belum kahwin, netizen dakwa ‘influencer’ serumah tengok bola? – “Boleh ziarah ke?”

Ketika rakyat Malaysia ‘bitter’ kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, ada sahaja individu seolah-olah sengaja mengundang kecaman orang ramai atas tindakan yang dilakukan.

Terbaru, sepasang personaliti media sosial menjadi bualan di laman Twitter apabila didakwa menonton bersama perlawanan bola sepak antara pasukan Argentina dan Brazil yang berlangsung pagi semalam.

Menurut warganet, personaliti media sosial yang dipercayai pasangan kekasih itu merakam foto dengan latar belakang suasana serta lokasi yang sama walaupun bergambar secara berasingan.

Lokasi sama? Laki bini ke?

Seorang pengguna Twitter, @MOFASAD memuat naik tangkap layar kedua-dua posting foto dikongsi pasangan tersebut yang dilihat meraikan kemenangan pasukan Argentina bersama kucing kesayangan.

Berikutan itu, segelintir warganet meminta pihak berkuasa membuat siasatan sekiranya terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dilarang untuk melakukan aktiviti ziarah pada ketika ini.

 

Sembang pasal adab, tapi tengok bola serumah

Tolong siasat pakwe makwe tu!

Tak kahwin lagi, mana boleh melawat?

Bagaimanapun, ada juga warganet berpendapat sekali gus ‘berhusnudzon’ bahawa foto salah seorang pasangan itu mungkin hanya suntingan semata-mata dengan menggunakan ‘effect’ skrin hijau.

Kucing tu pun ‘edit’…

Entahlah… Harap mereka boleh tampil menjelaskan – Tinggal berjiran? Sudah berkahwin? Hanya suntingan atau sebaliknya?

Sumber: Twitter @MOFASAD