Bellie Eilish kongsi foto kucing Malaysia, ‘Uteh’ possing macam diva

Bellie Eilish kongsi foto kucing Malaysia, ‘Uteh’ possing macam diva

 

Sejak beberapa hari yang lalu, nama penyanyi Billie Eilish menjadi sebutan rakyat Malaysia sebaik sahaja dia tiba di negara ini bagi melangsungkan konsert jelajah Asia Happier Than Ever pada 18 Ogos yang lalu.

Dalam pada itu, penyanyi antarabangsa ini juga tidak terlepas dari lensa para peminat apabila dilihat melakukan aktiviti sebelum dia melakukan konsert pada hari dan tarikh yang disebutkan tadi.

Menerusi laman Tik Tok milik Shah Syahmi, dia kongsikan tangkap layar yang disunting menjadi sebuah video dari Instagram Billie Eilish. Menarik perhatian umum adalah seekor kucing yang juga turut menjadi koleksi gambar di Instagram miliknya.

Terdahulu, dalam satu video tular di laman Tik Tok milik Sarah Balqis (@_wnsb), Billie Eilish kelihatan sedang keluar daripada pintu masuk Plaza Sungei Wang. Pemilik video yang juga merupakan seorang peminatnya merasa teruju kepada dapat berjumpa dengan artis kesayangan di tempat kerja.

Selain itu, terdapat seorang lagi  pengguna Tik Tok lain yang juga kongsikan pengalaman pertemuannya dengan artis asal Amerika tersebut. kyll_switch (@kyll-lee13) memuat naik video pengalamannya berjumpa dengan Billie Eilish.  Ketika itu, artis itu sedang bermain kereta gokart di tempat kerjanya, Blastacar.

 

@shah.syahmi

Billie Eilish give power to Cat #billieeilish

♬ original sound – SS 🧀 – SS 🧀

Apa kata netizen

Menerja ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan kucing tersebut terus menjadi terkenal dan antara kucing yang termahal secara automatik. Jom lihat apa lagi yang dikatakan oleh netizen menerusi tangkap layar di bawah.

 

 

“Lah situ rupanya kucing aku, Rokiah!! Balik!!…”

“Geng Oyen jangan pukul putih pulak lepas ni…”

“Kucing tu auto mahal…” 

Sumber: Shah Syahmi (Tik Tok)