Beli telefon tak sampai 28 jam dah rosak, rupanya kedai elektronik terkenal jual barang ‘secondhand’ kepada pelanggan
Siapa yang tak marah bila dapat tahu barang yang dibeli dari kedai yang disangka boleh dipercayai menjual barang yang berkualiti ternyata menjual barangan ‘secondhand‘ dan cepat rosak.
Itulah nasib seorang pelanggan yang berkongsikan pengalamannya melalui rakaman video setelah ‘ditipu’ oleh sebuah kedai elektronik yang terkenal di negara ini.
@sampin_eklusif_trengganu ♬ original sound – Sampin Eksklusif Terengganu – Sampin Eksklusif Terengganu
Melalui video itu, lelaki berkenaan marah disebabkan telefon bimbit yang dibeli tidak sampai 28 jam telah rosak dan ‘menyerang’ pekerja-pekerja di kedai berikut akibat rasa dirinya ditipu.
Dikatakan, telefon yang disangka baru rupa-rupanya adalah barang ‘secondhand’ membuatkan pelanggan itu tidak berpuas hati dan meluahkan rasa kesal dengan kedai berkenaan.
Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan lelaki itu dan ada juga yang mendedahkan bahawa kedai tersebut memang pernah disyaki menjual barang ‘secondhand’ dengan harga ‘retail’.