Beli cincin sendiri, gadis ini bertunang dari ‘jarak jauh’ hanya pakai baju kelawar je

Beli cincin sendiri, gadis ini bertunang dari ‘jarak jauh’ hanya pakai baju kelawar je

Kebisaannya, majlis tunang mengikut adat masyarakat Melayu adalah keluarga lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dengan membawa cincin selain beberapa barangan lain.

Setelah kedua-dua keluarga mencapai kata sepakat, wakil dari pihak lelaki seperti ibu akan menyarungkan cincin ke jari manis anak gadis sebagai tanda sudah berpunya.

Namun, berbeza dengan perkongsian oleh seorang gadis mengenai ‘majlis’ pertunangannya yang dilakukan luar dari kebiasaan dek kerana kekangan daripada wabak pandemik.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh akan nuriyliamalek di Tiktok, kedua-dua belah keluarga hanya berbincang melalui pangilan video sahaja.

Bahkan, dia juga tidak perlu bersiap mengalahkan pengantin ketika bertunang, hanya cukup dengan memakai baju kelawar.

Lebih menariknya, cincin juga dibeli dan disarung sediri oleh gadis ini. Memang sempoi dan menjimatkan kos!

”Alaf baru ni macam-macam boleh buat”

@nuriyliamalek

#alhamdulillah #onestepcloser #fypmalaysia

♬ Jodoh Pasti Bertemu – Afgan

Setakat ini, video berkenaan telah meraih hampir 600 ribu tontonan oleh warganet. Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya dilihat teruja dengan proses pertunangan yang sangat mudah.

Malah, sebilangannya memberitahu mereka juga melakukan ‘cara’ yang sama iaitu membeli cincin tunang dan menyarungkan sendiri ke jari manis untuk memudahkan urusan pihak lelaki.

Bagusnya ada mak ayah ‘supportive’ macam ni..

Boleh je, dah pernah buat pun sarung cincin tunang sendiri

Sama lah, tunang just hantar duit beli cincin

Sumber: TikTok nuriyliamalek