Beli 12 mainan kaktus untuk hiburan, “Meriah gila rumah dia nanti…”

Beli 12 mainan kaktus untuk hiburan, “Meriah gila rumah dia nanti…”

Sudah menjadi satu kegilaan di Tik Tok apabila mainan kaktus yang boleh menyanyi dan menari ini semakin mendapat sambutan. Baru-baru ini pula, gelagat seorang lelaki yang membeli mainan kaktus ini mencuri tumpuan ramai.

Bukan hanya satu tetapi dia siap memborong sehingga 12 mainan kaktus ini untuk dijadikan hiburan di rumahnya. Video itu juga tular dikongsikan dengan lebih setengah juta tontonan setakat ini.

@fayadgojez

Tiada kawan? Tak ada masalah, cactus ada😂🌵 #fypシ #fyp

♬ Kucu Kuca – Chorus – Lia Aziz

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu berkongsikan keterujaannya membeli mainan kaktus yang viral di media sosial itu. Kalau anda nak tahu, mainan itu mampu mengajuk bunyi yang dirakamkan sambil menari.

Apa yang menarik perhatian ialah lelaki itu siap membeli 12 mainan kaktus itu untuk penghibur di rumah. Lebih mencuit hati, lelaki itu sempat menunjukkan cara bermainnya pula.

mainan

Sebaik saja dia bercakap dengan mainan itu, kesemua 12 mainan kaktus itu kemudian meniru semula apa yang dikatakan. Memandangkan ada 12 mainan, bunyinya juga lebih meriah dan kuat daripada biasa.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama teruja melihat mainan kaktus yang dikongsikan ini. Ada juga yang berseloroh ianya ibarat memiliki kumpulan marhaban di rumah dengan jumlah yang banyak seperti itu.

“Meriah gila ada kawan cactus…”

mainan kaktus

“Boleh buat kumpulan marhaban.”

12 mainan

“Dia bawak 1 kampung.”

komen

“Kalau aku lah seronok prank orang dengan kaktus sebanyak ni…”

tik tok