Belanja wajah sipi lagi, netizen kecewa Neelofa belum tayang wajah Bilal

Belanja wajah sipi lagi, netizen kecewa Neelofa belum tayang wajah Bilal

Umum sedia maklum, pasangan selebriti Noor Neelofa dan Haris Ismail masih belum mendedahkan wajah anak lelaki mereka, Muhammad Bilal.

Pun begitu, aktres berusia 33 tahun itu tidak kekok berkongsi perkembangan anaknya di laman media sosial walaupun terpaksa menutup wajah Bilal dengan ‘sticker’ atau sebahagian anggota badan lain.

Neelofa belanja gambar sipi Bilal lagi!

Terbaharu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor memuat naik foto sedang mendukung Bilal yang kini hampir berusia sembilan bulan di laman Instagram miliknya sehingga menarik perhatian para peminat dan rakan artis lain.

Malah, bekas pengacara program MeleTOP itu turut menulis kapsyen ringkas, “Bilal ummi sayang (emoji love).”

 

 

Comelnya!

Rata-rata warganet memuji kecomelan anak selebriti tersebut sehingga membuatkan mahu ‘gigit’ kerana geram melihat ‘kegebuan’ peha dan lengan Bilal.

Tak berat ke tu?

Sampai mati tak dapat tengok

Bagaimanapun, terdapat warganet meluahkan kekecewaannya kerana masih belum berpeluang melihat wajah anak selebriti tersebut sehingga ke saat ini.

Bahkan individu terbabit berpendapat bahawa jika ajal seseorang itu sudah sampai sekalipun masih belum berpeluang melihat wajah ‘ekslusif’ anak Neelofa.

Dalam pada itu, individu berkenaan mendoakan Muhammad Bilal agar dapat membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat.

Terdahulu, Neelofa ada menjelaskan dia mempunya sebab tertentu tidak mahu mendedahkan wajah Bilal di media sosial kerana mendakwa belum cukup ilmu melindungi anaknya daripada penyakit ‘Ain.

Sekadar info, Neelofa dan Haris Ismail mendirikan rumah tangga pada tanggal 27 Mac tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.

Sumber: Instagram @neelofa