‘Belajar tinggi, akhlak sangat rendah’ – ramai kecewa, doktor maki anak Najib

‘Belajar tinggi, akhlak sangat rendah’ – ramai kecewa, doktor maki anak Najib

Seorang pengguna twitter yang mendakwa dirinya seroang kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dikecam netizen, susulan sikap biadab terhadap anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam tweetnya yang kini sudah di padamkan, lelaki ini menuduh Nooryana Najwa menipu berhubung masalah kesihatan yang dihadapi bapanya. Lebih teruk, dia meninggalkan kata-kata kesat dengan  menggelarkannya sebagai ‘anjing’.

“Apa ke bangang nak menipu. Aku sendiri check darah bapa kau semua normal anjing,” kata lelaki berkenaan dalam ciapan Twitternya yang tular sejak semalam.

Menurut tinjauan kami di Twitter, individu ini menyahaktifkan akaun twitternya. Bagaimanapun, netizen sempat mengambil tangkap layar ciapan tersebut dan menularkannya dalam media sosial.

Di laman twitter ramai meluahkan kemarahan terhadap individu tersebut. Malah mereka kecewa dengan anak muda yang berpelajaran tinggi namun mempunyai akhlak yang sangat rendah dan tiada adab.

 

Sementara itu, para pengguna Twitter hairan kerana berdasarkan pemahaman mereka, seorang pengamal perubatan tidak boleh mendedahkan butiran peribadi pesakit yang dirawatnya.

Selain itu, ramai kesal dengan sikap lelaki terbabit yang didakwa telah merosakkan imej KKM dan berharap mengambil tindakan sewajarnya. Setakat ini, masih belum ada maklum balas daripada kementerian berhubung isu tersebut.

Terdahulu, Yana di Instagramnya merayu kepada kerajaan dan Perdana Menteri supaya membenarkan bapa beliau mendapat rawatan yang sewajarnya. Dia mendakwa, masalah ulser kronik yang dihidapi bapanya kembali menyerang. Yana mengulas laporan media tentang penangguhan prosiding  1Malaysia Development memandangkan Najib mengalami alahan teruk selepas pengambilan ubat tekanan darah tinggi. Difahamkan tekanan darah Najib sangat tinggi hari ini ketika ujian dibuat oleh pembantu perubatan disebabkan perubahan ubat yang diberikan HKL.