Belajar Bahasa Arab guna lirik lagu raya sangat beri kesan

Zaman sekarang ini sudah ada macam-macam cara untuk mempelajari sesuatu bahasa. Berbeza seperti dahulu, anda tidak lagi perlu menghadiri kelas secara fizikal dan boleh menggunakan internet sahaja untuk mempelajarinya. Baru-baru ini pula, satu video belajar bahasa Arab tular dikongsikan di Tik Tok.

Di dalam video itu, pemuda ini mengajar bahasa Arab dengan menggunakan lirik lagu raya yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Lirik lagu ‘Ku Senandungkan’ nyanyian Dayang Ku Intan ini ditukar kepada bahasa Arab di mana liriknya mengajar penonton tentang nama haiwan di dalam bahasa itu. Memang kreatif!

@sirsyazwan

#belajarbahasaarab #arabsirsyazwan #tiktokguru #gurubahasa #learnontiktok

♬ original sound – wahyu ksn – wahyu ksn

Video yang telah menerima hampir tujuh juta tontonan itu memaparkan nama haiwan-haiwan di dalam bahasa Arab seperti singa, buaya, beruang, ular dan banyak lagi. Hanya di dalam video berdurasi beberapa saat itu, orang ramai dapat mempelajari bahasa Arab dengan cara yang sangat mudah. Malah rentak lagu yang sangat catchy juga memudahkan orang ramai untuk mengingatinya.

Di ruangan komen, netizen turut kagum dengan usaha yang dikongsikan oleh pemuda ini. Tidak kurang juga yang memuji pemilihan lagu raya ini yang cukup terkenal semasa musim Hari Raya Aidilfitri. Dengan bulan Ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi, pastinya menaikkan lagi keterujaan orang ramai.