Bekas jurulatih Liga Super selamat bernikah dengan artis

Bekas jurulatih Liga Super selamat bernikah dengan artis

Siapa terbabit dalam dunia bola sepak sudah pastinya mempunyai aura tersendiri sekali gus ada yang mampu memikat wanita.

Hal ini terbukti apabila seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 50-an masih lagi laku selepas berkahwin kali kedua dengan wanita berusia 29 tahun.

Wanita yang dikahwini berkenaan bukanlah calang-calang kerana dikhabarkan adalah seorang artis yang juga adik kepada pelakon dan penyanyi terkenal tanah air.

 

Menurut sumber, pasangan terbabit berkahwin baru-baru ini namun hanya diketahui oleh individu dan ahli keluarga terdekat saja.

“Jurulatih berkenaan pernah mengendalikan beberapa pasukan utama Liga Super dengan kali terakhir membabitkan kelab berpangkalan di utara tanah air.

“Malah, jurulatih berkenaan cukup terkenal kerana beliau adalah bekas pemain kebangsaan era 90-an dengan ketangkasannya di atas padang membantu Malaysia meraih pelbagai kejayaan.

“Wanita berkenaan pula dikenali umum kerana pernah menyertai program realiti televsyen syarikat swasta dan memenangi tempat ketiga,”katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Mengikut rekod, jurulatih berkenaan berkahwin kali pertama pada tahun 80-an dan dikurniakan tiga anak.

Sumber: Harian Metro