Bekas isteri ucap tahniah sempena perkahwinan pakar saham, ‘jadilah diri sendiri’
Baru-baru ini, tular tentang kisah seorang pakar saham yang selamat mendirikan rumah tangga dengan pelajarnya. Walaupun jarak usia antara mereka adalah 22 tahun, namun ia tidak menghalang keikhlasannya untuk berkahwin kali kedua setelah setahun menduda. Selain disifatkan cinta pandang pertama, malah beliau juga tertarik dengan keperibadian lemah lembut dan manja yang dimiliki isteri sekali gus bakal memberi kelainan dalam hidupnya.
Selamat pengantin baru buat bekas suamiku yang telah hidup selama 20 tahun & kenal 22 tahun
Selain tetamu dan selebriti yang hadir ke majlis berkenaan, ex-wife pertamanya juga menitipkan ucapan tahniah sempena perkahwinan tersebut. Menurut Hasmawatie Samsudin, perkara itu disampaikan melalui satu hantaran status Facebook memandangkan akaunnya telah disekat oleh bekas suami. Terdahulu, mereka pernah mendirikan rumah tangga selama hampir 20 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Saya doakan perkahwinan yang berlangsung di Thailand berkekalan sampai akhir hayat…selesaikan tuntutan, hidup simple jangan kacau saya je
Sambil ‘jelaskan’ sedikit sebanyak perkara yang pernah berlaku antara mereka, Hasmawatie mendoakan agar mahligai rumah tangga yang dibina kali ini kekal sampai bila-bila. Dalam pada itu, dia turut berharap bekas suaminya agar memperbaiki diri serta selesaikan segala tuntutannya tanpa menimbulkan sebarang masalah di kemudian hari.
Terima kasih kepada yang tanya khabar, kami baik-baik je…percaya ada sesuatu yang Allah sedang susunkan untuk saya & Haykal
Dalam satu hantaran lain, Hasmawatie amat hargai keprihatinan semua pihak yang bertanya khabar tentang keadaan terkininya. Bukan setakat telah reda dengan apa yang sudah berlaku, malah dia juga percaya Allah S.W.T. sedang menyusun perancangan terbaik buat anak dan dirinya.
Kredit : FB Atielia De Sams & IG watie7975