Bekas isteri dua tahun tak jenguk anak, Along Cham kesal terima DM tuduh zalim tak bagi jumpa anak

Bekas isteri dua tahun tak jenguk anak, Along Cham kesal terima DM tuduh zalim tak bagi jumpa anak

 

PELAKON Along Cham mendedahkan dia menerima mesej kec4man daripada netizen yang menuduhnya bersikap zal1m apabila melarang bekas isteri iaitu Zila Seeron bertemu dengan anak mereka.

Menyedari ada antara mereka tidak mengetahui cerita sebenar, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 38, menjelaskan Zila masih boleh bertemu anak, namun tidak dibenarkan untuk membawa keluar atau tidur di rumah atas perintah mahkamah.

Dalam hal ini, Along berkata dia masih boleh bertolak ansur jika dibandingkan dengan segelintir lelaki lain yang terus melarang bekas isteri yang disabitkan nusyuz untuk bertemu anak.

Along dituduh zalim gara-gara didakwa larang bekas isteri bertemu anak.

“Ada netizen yang DM (mesej peribadi) saya cakap dapat info kata saya larang bekas isteri tengok anak, bawa anak keluar… mungkin mereka ini tidak faham sebab tidak mengikuti kes percera1an kami dahulu.

“Sebab dalam perintah mahkamah dia hanya dibenarkan melawat anak. Siapa yang ikuti kes kami ketika itu mesti mereka faham. Mungkin ada netizen yang baru follow, itu sebab mereka nampak saya zal1m.

“Mereka pun tak baca cerita dari awal. Saya pun tak pernah cerita pada umum apa punca sebenar kami bercer4i. Tapi saya tak pernah larang, pintu sentiasa terbuka.

Tapi saya tak pernah larang, pintu sentiasa terbuka.

“Pada saya ramai juga yang faham hukum nusyuz. Saya ni kira masih berlembut, sesetengah lelaki mereka har4m terus untuk berjumpa anak,” kata Along kepada mStar.

Pelakon telefilem Hantu Kuat Ketawa itu ditemui ketika majlis pelancaran filem Zim Zim Ala Kazim di Restauran The 1985 Steak House, Empire Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Untuk rekod, Along pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Zila Seeron, 32, pada 23 Januari 2010 dan mempunyai seorang anak bernama Ahmad Danial, 10.

Pada 13 Ogros 2016, isteri pelawak itu ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas tuduhan khalwat.

Pasangan ini kemudian mengambil keputusan bercer4i talak satu pada 29 Ogos 2016.

Along mendakwa kali terakhir Zila bertemu anak sebelum perlaksanaan PKP.

Dalam pada itu, Along memberitahu kali terakhir bekas isterinya bertemu dengan anak mereka sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal tahun 2020.

“Kali terakhir dia datang jumpa anak sebelum PKP pertama. Mungkin dia ada alasan tersendiri kenapa tak datang tengok anak. Pintu rumah sentiasa terbuka untuk dia datang melawat.

“Saya pun dapat info dia sudah berumah tangga. Tapi dia ada berhubung dengan anak melalui telefon. Mungkin dia dah kahwin, dah ada anak… iyalah sibuk menjaga anak baru.

“Saya pun nak mar4h lebih-lebih pun tak boleh… takkan saya nak paksa dia datang tengok anak dia kan,” ujarnya.