“Beg duit ditemui dan rumah berselerak” bekas personaliti TV3 Zalina Azman hilang sejak tahun lalu

“Beg duit ditemui dan rumah berselerak” bekas personaliti TV3 Zalina Azman hilang sejak tahun lalu

Zalina Azman hilang sejak tahun lepas

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina, 58 berhubung kehilangannya pada 29 November tahun lalu. Dalam laporan tersebut, anak Zalina iaitu Mikhael Norman mendakwa telah cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu (bapa Zalina) dimasukkan ke hospital namun gagal.

Menurut sumber, pada 29 November lalu, pengadu bersama bapa saudaranya telah pergi ke rumah bekas pembaca berita  TV3 itu dan mereka mendapati kereta wanita itu berada di tepi rumah.

Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun, turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.

Difahamkan, segala usaha mencari telah dilakukan namun Zalina Azman gagal ditemui. Susulan daripada itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menyiarkan gambar Zalina serta butiran peribadi penampilan wanita itu yang berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus dengan ketinggian 158 sentimeter.

Polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan atau menghubungi segera Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

Laporan kehilangan Zalina Azman

Sumber: Harian Metro