Beberapa kawasan di KL dinaiki air, siren di sungai Toba dibunyikan

Beberapa kawasan di KL dinaiki air, siren di sungai Toba dibunyikan

 

Siren amaran di Sungai Toba, Segambut Dalam telah dibunyikan disebabkan air melimpah susulan banjir kilat sebentar tadi.

Menurut Polis Kuala Lumpur, aras Sungai Gombak di Jalan Tun Razak dan Jalan Batu Bata juga turut berada dalam paras bahaya dengan trend yang semakin menaik.

Sementara itu, antara lokasi yang dinaiki air dan terjejas teruk setakat pukul 4.30 petang tadi adalah seperti di Jalan Pahang, Bulatan Pahang, Jalan Dewan Bahasa menghala keluar, Jalan Sultan Ismail, Bulatan Sultan Hishamuddin, Jalan Pudu, Jalan Segambut, Jalan Parlimen, Jalan Mahameru, Jalan Kinabalu, Jalan Sultan Abdul Halim dan Jalan Travers.

Berikutan kenaikan air itu, aliran trafik di kawasan-kawasan tersebut perlahan dan mengalami kesesakan.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat Kuala Lumpur yang diramal akan melanda sehingga jam 7 malam ini.

Maklumat lanjut akan menyusul.