“Bayar dulu baru nikah”, individu minta Shahir Zawawi bayar hutang RM4,000 sebelum kahwin?

“Bayar dulu baru nikah”, individu minta Shahir Zawawi bayar hutang RM4,000 sebelum kahwin?

Penyanyi Shahir Zawawi baru sahaja memaklumkan dirinya bakal menikah dengan pujaan hatinya, Jaskin Jaludin, 30, pada 2 September ini.

Namun begitu, timbul kontroversi terbaru yang mendakwa Shahir berhutang sebanyak RM4,000 dengan seorang individu bernama Rizam Mahyuza Morsit.

Individu berkenaan meninggalkan komen di sebuah hantaran berita milik Harian Metro semalam yang melaporkan mengenai persediaan Shahir meniti hari bahagia.

“Bayar hutang dulu baru nikah,” tulis Rizam.

Komen individu yang dipercayai seorang penggiat industri hiburan tempatan itu mendapat sokongan rakannya dikenali sebagai Poji Samad.

“Sampai dah arwah orangnya,” ujar Poji.

Dalam pada itu, Rizam membalas dengan berkata:

“Saya yang hidup ni pun dia main senyap je. AF Megastar saya rugi dekat RM4,000. Duit saya sendiri tu,” katanya.

Poji turut menyokong dan berkata ada label lain lagi yang Shahir didakwa berhutang.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai kesahihan berita yang mengatakan pelantun lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu sama ada benar benar berhutang ataupun tidak.