Bayar bil bulanan mahal tapi orang lain guna percuma, ini cara mudah ‘detect’ pencuri wifi rumah

Bayar bil bulanan mahal tapi orang lain guna percuma, ini cara mudah ‘detect’ pencuri wifi rumah

 

Sekarang ni ramai yang menggunakan kemudahan internet secara WiFi di rumah. Maklumlah anak-anak setiap hari menggunakan untuk PdPR. Begitu juga dengan ibu bapa yang bekerja di rumah.

Namun pernah kita mengalami situasi apabila prestasi WiFi anda terasa perlahan pada waktu-waktu tertentu membuatkan aktiviti harian menjadi sukar.

Tahukah anda ia berlaku barangkali dikatakan berkaitan dengan ‘pencerobohan’ line internet. Siapa yang tak geram, bayar mahal-mahal ada yang guna secara percuma.

Nak tahu cara kesan pencuri WiFi tersebut, menerusi pengguna TikTok @hafizi.zain, menunjukkan cara untuk kesan pencuri WiFi di rumah yang menyebabkan internet menjadi perlahan.

Lihat video di sini untuk rujukan

@hafizi.zain

Jom Detect Sape Pencuri Wifi Rumah Korang! 😈 #tiktokguru #viral #tipswifi #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #foryou

♬ Epic Music(842228) – Pavel

Langkah pertama: Muat turun aplikasi Fing yang boleh didapati secara percuma di Google Play Store dan App Store.

Langkah kedua: Settings Fing mengikut terma dan syarat

Langkah ketiga: Selesai settings, ‘scan for device’

Langkah Ke empat: Paparan skrin dikatakan menunjukkan beberapa nama yang mencurigakan. Klik peranti berkenaan.

Langkah kelima: Klik ‘remove divice’.

Nota: Aplikasi ini dapat membantu anda mengenal pasti peranti yang daripada terus mengakses rangkaian WiFi ini. Jadi cara yang sebaiknya adalah menukar ‘password’ untuk mengelak kejadian sama berulang.

“Patutlah line slow, rupanya ada yang guna…”