Bayangan jika filem ‘A Quiet Place’ dalam dunia realiti, “Hahaha lawak lah!”

Bayangan jika filem ‘A Quiet Place’ dalam dunia realiti, “Hahaha lawak lah!”

A Quiet Place adalah sebuah filem yang memaparkan kisah mengenai kawasan yang diancam satu makhluk misteri yang akan menyerang apa juga yang mengeluarkan bunyi termasuklah manusia. Disebabkan itu kawasan tersebut hanya ada sekeluarga yang tinggal mempertahankan hidup mereka dengan kaedah tersendiri.

Petikan dari filem A Quiet Place
Petikan dari filem A Quiet Place

Filem ini juga sudah pun ditayangkan siri kedua. Bagaimanapun baru-baru ini seorang influencer dari Singapura telah menghasilkan video bayangan jika filem A Quiet Place ada dalam dunia realiti. Lelaki ini yang sering berlakon membawakan watak mak cik berjaya menghiburkan ramai orang menerusi telatahnya dalam video tersebut.

Dalam rakaman itu, ‘mak cik’ yang mempunyai perangai mulut bising akan menjadi mangsa makhluk misteri ini jika ia wujud dalam dunia realiti. Manakan tidak, mulutnya yang sering bingit memanglah akan jadi orang pertama yang ‘diserang’.

Berikut adalah rakaman bayangan jika filem A Quiet Place ada dalam dunia realiti yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dengan nama akaun @asonofpeach:

@asonofapeach

Makcik mesti first to die. #fyp #foryou #foryourpage #makcik #aquietplace

♬ Spooky comedy-like pop – SOUND BANK

Bikin pecah habis! Perkongsian video ini telah meraih lebih 56 ribu tontonan. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan telatah ‘mak cik’ ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Mak cik tak leh survive dalam a quiet place. Tapi kita perlukan makcik untuk mengelakkan diri dari dimakan…”

Bayangan Jika Filem 3

“Hahaha! Kan dah kena torek”

Bayangan Jika Filem 2

“Aku tak bolehlah part dia menjerit tu”

Bayangan Jika Filem 1