Batuk dan menggigil, Tiz Zaqyah positif COVID-19

Batuk dan menggigil, Tiz Zaqyah positif COVID-19

Pelakon jelita, Tiz Zaqyah berkongsi khabar yang menyedihkan di Instagram bahawa dirinya disahkan positif COVID-19 semalam.

Tiz Zaqyah memberitahu, dia terlebih dahulu menerima berita itu apabila mendapat panggilan daripada pihak hospital dan memberitahu dirinya keputusan COVID-19 yang dilakukan disahkan positif.

Tiz zaqyah

Tiz Zaqyah disahkan positif COVID-19 semalam.

Hari ini (9 Mei), sekitar jam 8:30 pagi tadi, saya menerima panggilan dari Subang Jaya Medical Center memaklumkan keputusan ujian COVID-19 yang saya buat adalah positif.

Pelakon drama Nur Kasih itu juga berkata dia dinasihati untuk menjalankan proses kuarantin di rumahnya mulai semalam.

Tiz Zaqyah berkata lagi dia mula berasa tidak selesa dan ada sesuatu yang tidak kena selepas mengalami batuk dan mengigil.

Pelakon tersebut tidak lupa untuk menasihati pengikutnya agar segera membuat pemeriksaan kesihatan jika mengalami simptom yang menandakan COVID-19 dan tidak mengambil mudah perkara ini.

 

SUMBER : Harian Metro