Baru tinggal sekejap, anak monyet selamba terus peluk mak lain, “Jeles la tu…”

Baru tinggal sekejap, anak monyet selamba terus peluk mak lain, “Jeles la tu…”

Siapa menyangka haiwan juga sangat lucu apabila perangai mereka membuatkan netizen juga terkedu dan berdekah dengan tingkah laku selamba sepertimana yang sering dikongsikan pemilik di media sosial.

Selain merasa terhibur dengan telatah kucing-kucing, ternyata gelagat monyet juga antara yang mengundang netizen ketawa besar dimana ada yang sangat lucu.

Begitu jugalah yang dikongsikan kepada umum tentang rakaman video yang memaparkan sekumpulan monyet ini bersama anak-anak mereka.

IMG_20210813_110803

Jika anda perhatikan di situ terdapat dua ekor monyet dewasa dan beberapa anak monyet yang ada sedang terlena dan manja disamping maknya tetapi siapa menyangka momen lucu ini berjaya dirakam dan tidak semena-mena mengundang netizen berdekah berulang kali menonton.

Apa tidaknya, si anak monyet yang buat hal selepas maknya hanya tinggalkan sebentar sahaja terus memberikan reaksi lucu dengan peluk seekor mak monyet lain disebelahnya. Pantas sungguh dia merajuk.

@bulanbintang1788

Berjuang memang penting,sedar diri jauh lebih penting.#acufyp #kesayanganku

♬ Untukmu Ibu – Exist

Video yang dimuat naik itu bagaimanapun memaparkan si mak monyet terus dengan pantas juga mendapatkan anaknya semula lalu dalam pada masa yang sama, rakaman video yang dikongsikan di TikTok itu mendapat bermacam-macam respon lucu oleh netizen.

“Comelnya dia… selamba je dia, jeles la tu tengok yang tu kena peluk…”

MonyetMonyet

“Hai adik… situ maklang hang”

IMG_20210813_111021

“Ala comel je…”

IMG_20210813_111105