Baru sahaja Dato Seri Anwar Ibrahim diumumkan PM ke-10, bursa Malaysia naik mendadak?

Baru sahaja Dato Seri Anwar Ibrahim diumumkan PM ke-10, bursa Malaysia naik mendadak?

Disebabkan beberapa hari ini ada ura-ura mengatakan pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dilantik menjadi Perdana Menteri Ke-10 negara, ada mengatakan bahawa bursa saham naik dengan mendadak.

Ada kena mengena ke?

Menjengah ke Twitter, beberapa pengguna media sosial memaklumkan bahawa bursa saham sedang naik selepas berita tentang Anwar Ibrahim bakal menjadi perdana menteri tersebar walaupun tidak ada kepastian lagi.

 

Bursa Malaysia meningkat

Menerusi laporan dari Bernama, bursa Malaysia juga dijangka terus naik. Pada awal pagi tadi, Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan kukuh, dengan indeks utama meningkat 2.01 peratus berikutan momentum belian yang berterusan dalam persekitaran sentimen pasaran yang lebih baik di peringkat tempatan dan luaran.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 28.94 mata kepada 1,471.44 daripada 1,443.5 pada Rabu. Saham pandu pasaran dibuka tinggi 7.18 mata kepada 1,450.68.

Kebetulan je tapi mungkin petanda baik

Pelabur masuk bila tengok Anwar jadi PM

 

Sumber: Bernama, Twitter