Baru kehilangan anak, Oyen tak lalu makan bikin sebak

Baru kehilangan anak, Oyen tak lalu makan bikin sebak

Bagi pencinta kucing, telatah comel mereka pastinya menjadi salah satu sebab ramai yang berminat membela mereka. Tetapi ada kalanya, kucing akan berubah menjadi sedih atau dalam fasa kemurungan seperti yang dikongsikan gadis ini.

Kucing oren yang dibelanya baru sahaja kehilangan tiga anaknya oleh kerana penyakit berjangkit. Kejadian ini menyebabkan kucing itu tidak lalu makan dan kelihatan seperti menangis apabila air mata mengalir di mukanya.

@diamkamuu

Turur berduka cita ya junii 😢😢😢😢 #fyp #fypシ #GoyangShopee #ParselTokopedia

♬ My cat is gone – sadhours

Video tersebut tular dikongsikan di Tik Tok apabila ia meraih hampir lima juta tontonan setakat ini dalam masa sehari dikongsikan. Kucing itu dilihat tidak lalu makan semasa pemiliknya cuba memberinya makan dan langsung tidak menjamahnya.

Kucing itu juga dilihat mengalirkan air mata dan kelihatan sangat tidak bermaya. Walaupun pemiliknya telah menyediakan makanan yang banyak, ia langsung tidak tertarik dan hanya menghidu makanan itu.

Reaksi wajahnya juga kelihatan sedih ditambah pula dengan air mata yang tidak berhenti mengalir. Menurut pemiliknya, ketiga-tiga anak kucingnya itu mati disebabkan virus kucing yang dihidapi mereka.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berasa sebak melihatkan kucing ini yang bersedih di atas pemergian anaknya itu. Ada juga yang tidak menyangka haiwan seperti kucing juga mempunyai perasaan sedih apabila kehilangan anak.

“Baru kali ini lihat kucing oyen nangis.”

kucing

“Tidak semua kucing oyen itu gila.”

baru kehilangan

“Kucing juga punya hati.”

komen

“Percayalah kucing punya hati yang sangat tulus.”

tik tok