Baru berkahwin, kata-kata pakar saham kembali tular “hari pertama menganggur..”
Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan (DDNK) yang popular dengan tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ selamat menamatkan zaman dudanya dengan pilihan hati, Tuan Nor Ernie Rossmeris pada Jumaat lalu.
Namun begitu, posting lama DDNK kembali tular di media sosial
“Hari pertama menganggur.
” Wajah salah seorang dari setengah juta tiada pekerjaan di Malaysia. Bakal penerima elaun Skim Latihan 1Malaysia RM2,000 sebulan.
“Hari ini saya dedikasi untuk dua orang tersayang dalam hidup saya.
” Terima kasih kepada isteri dan putera saya yang selalu manjakan saya. Yang mewarnai hidup saya dengan gelak dan gurauan.
“Tak semua perempuan pandang kemewahan. Tak semua perempuan mau lelaki yang menganggur
Terima kasih sayang. Always stay with me sun & shine.
Insya Allah. The beginning of a big journey ahead. Amin.
Hantaran lama ini kembali tular
Sebelum ini, DDNK pernah mendirikan rumah tangga namun bercerai selepas 20 tahun hidup bersama dan mengesahkan ini merupakan perkahwinannya yang kedua selepas mula berkenalan dengan isteri sekitar September tahun lalu.
Ekoran itu, bekas isteri DDNK yang dikenali sebagai Watie ada memuat naik satu hantaran mengucapkan tahniah menerusi akaun Facebooknya sendiri selepas tak dapat berhubung dengan bekas suaminya kerana disekat dari media sosial.
Selamat pengantin baru buat bekas suamiku..
Pesan bekas isteri kepada DDNK lepas nikah baru buat semua terkejut
Saya letak kat FB saya lah sebab nak wish kat FB ‘ex’ dah kena block. Tak pe lah. Hidup kita ni jangan banyak berpusing-pusing takut nanti terjerat diri sendiri.
Jadi lah diri sendiri itu lebih baik. Banyak yang saya simpan tapi semoga Allah sahaja yang akan membalas semuanya. Ye semuanya.
Menerusi posting itu, Watie juga dilihat membangkitkan tentang keserasian walaupun telah mendirikan rumah tangga selama 20 tahun dan dikurniakan cahaya mata yang dikenali sebagai Haykal.