Baru bebas penjara selepas setahun, pemuda gembira dijemput oleh sahabat

Baru bebas penjara selepas setahun, pemuda gembira dijemput oleh sahabat

Setiap manusia di muka bumi ini tak lari daripada fitrah dalam melakukan kesilapan. Apa yang penting adalah sokongan moral daripada orang sekeliling untuk membentuk seseorang itu supaya menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya.

Pada ketika itulah pentingnya mempunyai sahabat yang sentiasa memberi sokongan dan menasihati supaya tidak kembali melakukan kesilapan yang sama.

Sahabat yang menerima diri kita seadanya itu adalah merupakan satu nikmat yang ramai terlepas pandang. Jadi, jika adanya sahabat yang sebegini, jagalah talian silaturrahim itu kerana kita itulah yang dikatakan sebagai sahabat dunia akhirat.

Seperti dalam satu video mengharukan yang tular di TikTok ini. Nilai persahabatan yang diperkatakan itu telah diterjemahkan menerusi perkongsian daripada pengguna TikTok yang bernama @azhxrrr__.

Video tersebut memaparkan kisah berkenaan salah seorang daripada rakannya yang baru sahaja dibebaskan dari penjara.

Rakannya yang dikenali sebagai Jai itu dilihat berlari keriangan ke arahnya bersama dengan rakan-rakan lain yang sedang menunggu kebebasannya di luar pintu penjara Kajang.

Sejurus selepas Jai menghampiri rakan-rakannya sambil tersenyum kegembiraan, dia terus bersalaman dan berpelukan bersama dengan mereka.

Menurutnya, ketika detik-detik mengharukan itu dirakam, Jai baru sahaja bebas selepas dipenjarakan selama setahun sebagai hukuman atas kesalahan lampaunya.

“Setelah setahun tak jumpa, akhirnya kau bebas juga, syukur Alhamdulillah,” tulisnya.

@azhxrrr__

Alhamdulillah 🤲🏻 #fyp #fypシ #esekeli #xyzbca #trending #foryou #foryoupage #viral2021 #masukberanda

♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Semangat setia kawan yang ditonjolkan oleh rakan-rakan Jai itu telah membuatkan ramai warganet yang menonton video berkenaan terharu.

Selain daripada itu, ada juga yang mendoakannya supaya berjaya dalam kehidupan barunya.

Sebagai manusia yang tidak lari daripada melakukan kesilapan, marilah kita sama-sama mendoakannya agar terus berjaya dengan kehidupan barunya selepas ini.