Baru 5 minit bagi drive, Girlfriend selamba lalu jalan one way

Baru 5 minit bagi drive, Girlfriend selamba lalu jalan one way

Kalau sebut pasal bab memandu, biasanya perempuan mesti selalu dikaitkan dengan kecuaian dan macam-macam lagi kesilapan lain. Mungkin sebab itu jugalah lelaki lebih suka memandu sendiri dan tidak membenarkan teman wanita atau isteri memandu kereta.

Sama seperti yang dikongsikan di dalam video ini apabila teman wanitanya melakukan kesilapan semasa memandu kereta. Lebih menghiburkan, gadis tersebut baru sahaja memandu selama lima minit selepas menggantikan teman lelakinya itu.

@fynaaaz

Jangan percaya bila perempuan cakap nak bawak kereta🤣 #xyzbca #AwesomeDollaRaya #MakeItBiggerMY #MakeMomEpic #fyp

♬ Panik ngga – Ragil

Di dalam video yang dikongsikan ini, dapat dilihat lelaki itu begitu teruja apabila teman wanitanya memandu kereta kali ini. Dia juga menunjukkan reaksi terujanya apabila akhirnya dia dapat berehat di kerusi penumpang.

Namun kegembiraannya tidak bertahan lama apabila teman wanitanya tersalah masuk jalan sehala ketika memandu. Kesilapan ini turut membuatkan lelaki itu cuak ditambah pula dengan beberapa kereta yang sedang lalu di jalan tersebut.

Lelaki itu yang panik kemudian meminta teman wanitanya itu memberhentikan kereta di tepi jalan sebelum berpusing semula. Berbeza dengan lelaki itu, teman wanitanya itu tidak menunjukkan sebarang reaksi panik malah cukup tenang menghadapinya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat yang dikongsikan ini. Ada juga yang berseloroh lelaki selalunya yang terlebih panik setiap kali wanita melakukan kesilapan semasa memandu. Ada juga yang memuji gadis itu yang cukup tenang di situ.

“Macam mana dia boleh tenang je kalau aku gelabah sampai tak jumpa gear.”

baru 5 minit

“Tunang aku first time bawak kereta sebab baru dapat lesen P…”

memandu

“Suka sementara, menyesal bagi dia bawak selamanya.”

komen

“First time aku bawa kereta haritu rilek je awal-awal lepas tu…”

tik tok