Barista siapkan air, pelanggan pula selamba bungkus, “Siap bagi minum pulak tu”

Barista siapkan air, pelanggan pula selamba bungkus, “Siap bagi minum pulak tu”

Bagi pencinta kopi, tentunya anda sering kali mengunjungi kafe berdekatan untuk mendapatkan secawan kopi kegemaran anda setiap hari. Baru-baru ini pula, gelagat seorang pelanggan di sebuah kafe menarik perhatian ramai gara-gara tindakannya ini sekaligus membuatkan barista turut terkedu melihatnya.

Semuanya disebabkan gelagat selambanya yang memasukkan air yang telah siap dibancuh itu ke dalam plastik yang dibawanya. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih 27 juta tontonan setakat ini dalam masa sehari ianya dikongsikan.

@buayaristaaa

Coklat latte “bungkus”

♬ dont cry – Al :3

Di dalam video yang dikongsikan ini, barista itu dilihat baru sahaja selesai menyediakan air yang dipesan oleh lelaki itu. Dia kemudiannya meletakkan cawan itu dengan penuh berhati-hati di hadapan pelanggan itu sebelum kembali melakukan kerjanya.

Namun tidak semena-mena, lelaki itu kemudian mengeluarkan plastik yang dibawa sebelum menuangkan air itu ke dalamnya. Melihatkan gelagat selamba pelanggannya itu, barista tersebut turut kelihatan terkedu apabila air yang dibuatnya itu dituang begitu sahaja.

kafe

Biasanya setiap kali menerima minuman di kafe, ramai yang akan mengambil gambar terlebih dahulu untuk menghargai seni kopi yang dilakukan oleh barista. Lebih melucukan, pada penghujung video pelanggan itu siap menyuapkan minuman itu pada pekerja lain yang turut berada di situ.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat selamba pelanggan itu. Malah ada juga yang terhibur melihat reaksi terkedu dari barista itu yang kelihatan kecewa dengan apa yang disaksikannya itu.

“Aku tak leh muka dua pekerja tu. Kalau aku pun terdiam.”

barista

“Kalau ye pun, ambik la gambar dulu. Terciduk abang barista kat belakang tu.”

air

“Lepas ni depan pintu ada wanted…”

komen

“Betul, masuk perut nanti hilang jugak hiasan tapi ambik la gambar dulu.”

tik tok