Bapa yakin buka Planta letak tepi singki, “Tak jadi lah nak buat nasi briyani…”

Bapa yakin buka Planta letak tepi singki, “Tak jadi lah nak buat nasi briyani…”

Sesetengah produk yang tidak boleh dimakan seperti produk kimia kadang kala mempunyai bungkusan lebih kurang sama dengan produk makanan, membuatkan orang ramai keliru terutamanya lelaki kerana mereka kurang melihat label produk dengan teliti.

Jadi apabila disuruh membeli atau mengambil sesuatu barang, lelaki akan ambil apa sahaja yang kelihatan seperti barang yang mereka cari tanpa meneliti barang yang diambil, dan apabila pulang ke rumah barulah isteri memberitahu bahawa mereka telah beli barang yang salah.

Dalam kes seorang pengguna TikTok ini pula, bapanya ingin membuka pencuci pinggan baru, tetapi dia pelik apabila menemui sebekas Planta yang berair di sebelah singki.

@afifiechan

Tak jadi lah buat nasi briyani 🤣

♬ original sound – Afifie Chan – Afifie Chan

Dalam video oleh pengguna Afifie Chan itu, dia menuju ke dapur untuk menunjukkan pencuci pinggan baru yang telah dibuka bapanya. Namun apabila diteliti dengan dekat, ternyata bekas yang dibuka bukan pencuci pinggan tetapi Planta.

Remaja berkenaan tergelak dengan kesilapan bapanya itu yang dipercayai keliru kerana bekas Planta itu sama dengan bekas pencuci pinggan jenama Axion yang mereka guna.

Video individu berkenaan disertakan dengan kapsyen “Tak jadi lah nak buat nasi briyani”, sementara ramai yang turut terhibur dengan perkongsiannya.

“Glowing pinggan tu nanti…”

Screenshot 2021-07-08 055610

“Kalau mak aku nmpk…”

Screenshot 2021-07-08 055630

“Rajin2 kan diri msuk dpur…”

Screenshot 2021-07-08 055706