Bapa tak boleh berenggang dengan kerepek buat ramai terhibur

Bapa tak boleh berenggang dengan kerepek buat ramai terhibur

Setiap ibu bapa pastinya ada perangai pelik mereka di rumah yang hanya si anak sahaja yang tahu. Sama macam yang dikongsikan gadis ini tentang telatah lucu ayahnya yang tidak dapat berenggang dengan balang kerepek miliknya.

Gelagat lucu bapa ini turut membuatkan ramai terhibur melihatnya. Malah ada juga yang menganggap ini adalah perkara biasa melihat golongan ayah dalam menyorokkan makanan kegemaran mereka.

@aqmarism

My dad and his endless supply of kerepek

♬ Into The Thick Of It! – The Backyardigans

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis tersebut menunjukkan gelagat si ayah yang sedang asyik makan sebalang kerepek pisang. Dia juga turut memberitahu ayahnya itu pasti akan ke mana-mana dengan balang kerepek yang sama.

Bukan itu saja, ayahnya juga tidak akan berkongsi kerepek itu dengan yang lain dan akan melindunginya daripada dimakan oleh yang lain. Malah semasa dia cuba memintanya juga, si ayah kemudian bergegas menutup balang kerepek itu.

balang kerepek

 

Lebih mencuit hati, gadis itu turut berkongsikan rakaman si ayah yang tertidur di sofa dengan balang kerepek yang terbuka di sebelahnya.

Meninjau di ruangan komen, gelagat lucu si ayah ini turut menghiburkan netizen yang menonton. Ada juga yang memberitahu turut melalui pengalaman yang sama dengan bapa mereka setiap kali menikmati makanan kegemaran mereka.

“Rasanya semua bapak-bapak macam ni.”

bapa tak boleh

“Last sekali tu kerepek overdose.”

kerepek

“Cuba beli balang lagi besar letak kerepek sama dengan dia…”

komen

“Kalau bagi hadiah birthday kerepek mesti dia suka gila.”

tik tok